APA ISOFLAVONE TU? BAGUS KA??

Assalammualaikum semua. Hari ini saya ingin bercerita dengan lebih lanjut mengenai ISOFLAVONES. Buat yang tidak pernah dengar, mesti akan tertanya tanya.natang apa la isoflavone ni kan.huhuhu. Mai saya habak dulu na.

Apa itu ISOFLAVONE?

Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen (plant hormon) yang terdapat pada tumbuhan seperti kacang soya dan red clover. Disebabkan struktur molekulnya yang seakan-akan hormon estrogen yang terdapat pada wanita, ia dapat mengimbangi paras estrogen dalam badan sekaligus mampu untuk meredakan simptom PMS atau juga menopaus. Terdapat banyak jenis isoflavones tetapi antara yang paling bagus ialah Genistein dan Daidzein.

Isoflavone merupakan khasiat yang terkandung dalam soya yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan termasuklah melindungi daripada kanser payudara, kanser prostat, simptom menopaus, penyakit jantung dan juga osteoporosis.

Apakah Kebaikan dan Manfaat Isoflavones?

  1. Membantu meredakan simptom menopaus bagi wanita

Kajian terkini mendapati protein soya isoflavones boleh mengurangkan simptom dan gejala menopaus. Kebanyakan masalah kesihatan yang berkait dengan menopaus dan post-menopaus adalah disebabkan kekurangan isoflavones dalam diet Western. Pada tahun 2004, kajian kes telah dijalankan oleh Health Test dengan menyelidik preskripsi yang diberikan oleh 27 orang para doktor bagi merawat masalah wanita yang berkaitan dengan simptom menopaus dan didapati ramai doktor memberikan isoflavones iaitu 2 kali ganda lebih banyak daripada rawatan hormon. Kebanyakan suplemen yang diberikan kepada pesakit berasaskan tumbuhan seperti soya, black cohosh dan hops.

  1. Mengurangkan risiko kanser bagi wanita seperti kanser payudara dan endometriosis.

Isoflavones bertindak sama seperti ubat kanser dalam melawan sel kanser atau tumor. Kajian populasi menunjukkan hubungan yang kuat di antara pengambilan isoflavones dengan pengurangan risiko kanser payudara dan kanser endometrial. Wanita yang banyak makan produk soya dan makanan yang kaya dengan isoflavones mengurangkan risiko daripada kanser endometrial sebanyak 54%.

  1. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Isoflavones dapat menghalang daripada pembentukan plak arteri dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga strok. Terdapat kajian yang membuktikan isoflavones juga dapat memperbaiki paras kolestrol dalam darah. Kehadiran kolestrol jahat (LDL) akan berkumpul di arteri, menghalang aliran darah dan mengakibatkan saluran arteri itu tersumbat (atherosclerosis). Atherosclerosis inilah yang menyebabkan gumpalan darah dan membawa kepada serangan jantung atau strok.

  1. Membantu melindungi lelaki daripada kanser prostat.

Isoflavones juga memberi manfaat kepada kesihatan lelaki dengan melindungi kalenjar prostat dari membesar. Kajian menunjukkan isoflavones memperlahankan tumbesaran kanser prostat dan menyebabkan sel kanser prostat akhirnya mati. Isoflavones bertindak melawan sel kanser sepertimana rawatan ubatan kanser yang biasa.

  1. Memperbaiki kesihatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis

Protein soya isoflavones juga membantu meningkatkan kepadatan tulang sekaligus mengatasi masalah osteoporosis terutamanya di kalangan wanita yang telah menopaus.  Sebab tu lah dekat China dan Jepun jarang sangat ada masalah osteoporosis ni tapi berbeza pula dengan masyarakat di Europe dan North America.

Isoflavones adalah antioksidan semulajadi. Kuasa antioksidan yang terdapat pada isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser untuk jangka masa yang panjang dengan menghalang radikal bebas daripada memusnahkan sel DNA.

Jadinya anda sudah paham mengenai kebaikan isoflavone bukan? Disebabkan itu SHAKLEE telah formulasikan minuman Energizing Soy Protein (850g) yang mengandungi isoflavone kepada anda. Bagi menjamin kesihatan kulit, tulang, dan organ dalaman kita. Lagi lagi sekarang ada promosi SHAKLEE.Lagi murah awak !!!!!!!!!!!

PROMO ESP2

Harga retail adalah rm150. Nak diskaun? Meh pm sy!!!!!

W/APP ATAU TELEGRAM : +60173524128

FB : Zafira Alya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s