PETUA RAMBUT LEBAT

Rambut yang cantik, lembut dan lebat semestinya menjadi idaman semua orang tak kira lelaki mahupun wanita. Percaya atau tidak, kebanyakan pelanggan yang menghubungi ummi untuk mendapatkan petua rambut lebat merupakan kaum lelaki, berusia awal 20-an. Kebanyakan mereka mengalami masalah rambut jarang yang kronik akibat gugur. Malah, ada juga yang mengalami masalah botak yang bertompok- tompok. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sekata di kawasan kepala. Puncanya adalah kekurangan nutrien untuk rambut. Rambut merupakan bahagian terakhir yang menerima nutrien dari tubuh. Jika nutrien yang diambil tak cukup, maka ia tidak akan sampai kepada rambut menyebabkan terjadinya rambut gugur. Oleh itu, rambut perlu dirawat secara langsung dengan ubat, tonik dan penggunaan syampu dan perapi yang sesuai.

Antara petua rambut lebat bagi mereka yang bermasalah rambut jarang ialah:

1. Minyak Kelapa

petua rambut lebat dengan minyak kelapa

Pernah dengar rawatan minyak panas? Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan minyak kelapa. Caranya, panaskan minyak kelapa, ambil dan urut de kawasan kulit kepala secara membulat tanpa memberikan tekanan yang kuat. Kemudian, balut kepala dengan tuala tebal yang dah direndam dalam air panas dan biar selama setengah jam. Bilas dengan syampu bebas kimia. Ualangi langkah ni seminggu sekali dan anda akan nampak rambut mulai lebat dan cantik

2. Avokado

petua rambut lebat dengan avokado

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.

3. Daun Inai

petua rambut lebat dengan inai

Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan balut dengan “shower cap” selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini 2 kali seminggu untuk menggalakkan pertmbuhan rambut yang lebih aktif

4. Telur

telur untuk lebatkan rambut

Pecahkan 2 biji telur dan kacau, tidak perlu dipukul macam nak buat bahulu pulak tau. Ratakan di kulit kepala dan biar selama 15 minit. Cuci rambut dengan air suam menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan seminggu sekali untuk menggalakkan rambut lebat dengan lebih cepat.

5. Daun Lidah Buaya atau Aloe Vera

aloe vera untuk lebatkan rambut

Potong 2 atau 3 batang daun lidah buaya, picit keluar sari gelnya dan ratakan di seluruh kulit kepala. Biar selama setengah jam sebelum dicuci dengan air sederhana suam.  Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

Atau jika nak petua rambut lebat paling mudah dan cepat gunakan sahaja Nourishing Scalp Treatment dari Shaklee. Ianya memang terbukti BEKESAN, selamat, semulajadi, bebas paraben dan TIDAK DIUJI KE ATAS HAIWAN.

PROSANTE NOURISHING SCALP TREATMENT

TAMBAHAN

1.Revitalizing Syampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.

2.Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

3.Nourishing Scalp Treatment

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi. Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s