Resepi Inti Dumpling

Tadi dah update Resepi Kulit Dumpling kan. now update initi dia pula.

1 Pound isi ayam. (Saya buat banyak sebab kentang ada sikit je masa tu.huhu)(Dipotong dadu/diblend)saya potong dadu je

2 Biji kentang (Nak buat lebih lagi sodap)

1 Biji Bawang Besar(Dipotong dadu)

3 Biji Bawang Putih (Dihiris nipis)

1 Sudu kecil gula

1 sudu besar sesame oil

2 sudu kecil kicap/soy sauce

2 sudu kecil garam

1 cawan tauhu.

3 sudu besar serbuk kari

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

Gabungkan kesemua bahan sampai sebati

Lepastu goreng atas minyak. sampai masak. nanti ayam akan keluarkan air. dun worry. biarkan ayam dan kentang masak. air akan kering nanti.agak2 dah masak. angkat dan sejukkan. dan boleh buat dumpling guna kulit dumpling yang telah dibuat sebelum tu.

Kalau nak kukus, kukus dalam 15 minit sahaja

Kalau nak goreng pakai minyak dalam dua sudu besar je.kita tak nak buat dia deep fried. nak.cuma nak bagi dia garing sikit je. ha bole tengok dalam gambar ni.

12890920_1061367863920179_7656028260886965938_o

Nampak tak kulit dia gelembung2 dan garing tu. sedap!!!!!!!! cubala buat. maaf kualiti gambar tak cantik.tak taw kenapa transfer dari hp ke laptop gambar jadi lagu ni.huhu

Resepi Dumpling Wrapper/Kulit Dumpling

Assalammualaikum semua.seperti yang dijanjikan. Saya akan updata resepi dumpling. Teringin makan lepas tengok kat cerita shin chan yang tajuk episodnya dumpling ala Shin Chan tu.hahahah. Sangat menarik shin chan buat sampai terliur rasa.So cheq pon tetiba rasa nak buat la kan. ok mai kiat tengok resepi dia.

Bahan untuk buat Kulit Dumpling

2 Cawan Tepung Gandum/ All Purpose Flour

2/3 Cawan air suam/Lukewarm water

1 sudu kecil garam (Kalaw saya pakai secubit je.sudu kecil takda.agak2 je)

Cara caranya:

Campurkan kesemua bahan. dan uli dalam 10 minit macam tu. atau sampai doh lembut. Jangan risau kalau doh tu tak cantik lagi atau nampak crack. Masukkan dalam plastik dan Biarkan selama 30 minit .

Lepas 30 minit uli lagi. Mase ni doh dah cantik dan lembut . uli lagi dalam 8 minit macam. uli dan tekan sam rase doh tu lembut.  Dan biarkan seminit kejap letak dlm plastik. sementara tu prepare la amek pisau, dan penggelek tu.

Then, uli kejap dan bentukkan sampai nampak memanjang. Bahagikan kepada dua bahagian. yang selebihnya simpan dlm plastik.kita tak nak kulit doh kering.

Bahagikan kepada 8 bahagian. kalau nak leperkan satu2, yg selebihnya mesti letak dlm plastik ok. lepastu leperkan la bulat2.di edges atau tepi kulit mesti kena nipiskan daripada yg tengah. sebab senang kita nak picit kulit supaya bercantum.

dan yang selebihnya yg kita simpan dalam plastik tu. yg separuh daripada doh tu. ulang langkah yang sama.potong 8 bahagian.

lepastu kalau nak pakai terus pada hari yang sama pon bole.masak inti lepastu. tapi kalau nak buat esok, bole freeze kan dalam peti ais. kalau nak guna kena keluarkan 20 minit sebelum. tapi kalaw nak freeze dalam peti ais.pastikan kulit dumpling tak melekat antara satu sama lain.lapikkan dengan plastik.supaya tak melekat.

Biasa saya freeze dalam peti ais. sebab buat malam. esoknya masak inti dan terus kukus atau goreng. saya prefer goreng tapi pakai minyak sikit je. bukan deep fried la.

12440623_1061367790586853_7597428096891253318_o

abaikan rupa dumpling yang buruk tu.sebab tak pandai kelim dumpling.hahaha. kalau kelim karipap tawla. ha bole tengok dalam gambar saya lapikkan dengan plastik. setiap kulit dumpling atasnya lapik dgn plastik.Next entry will be inti dumpling pula 🙂

New Journey of My Life

Assalammualaikum semua.Lama tak update life dekat wordpress ni. Sebenarnya banyak nak update tapi tak terbuat. huhu

January lepas tamat belajar sebagai degree holder dalam Town and Regional Planning. Alhamdulillah result semester last sangat memberangsangkan berbaloi dengan usaha yang telah dikerah sepanjang semester lepas. Syukur sudah tamat belajar.Jadi masa mencari kerja berjalan selepas dapat result. Dari satu company ke satu company planning consultant pi interview dan akhirnya dapat juga kerja sebagai planner.Namun disebabkan beberapa masalah yang tak dapat disebutkan disini terpaksa tolak tawaran and terima offer bekerja di CIMB BANK Kuala Selangor. Syukur masih diberi kesempatan.walaupun lain bidang, cuba dulu. cabar diri sendiri untuk menjadi seseorang yg bekerja keras. Bermula dari zero ke hero! Mase interview mula2 interview dekat branch, lepas tu area manager kol iv on the phone sahaja. then dalam masa 2 minggu HR prepare offer letter dan confirmkan lagi pada saya.

12920511_1061367370586895_7826070988780584311_n

Rabu lepas pergi CIMB BANK di Kuala Lumpur untuk tandatangan offer letter dan buat medical check up. Free medical check up tu.he. Semalam pula ambil surat dari branch manager kuala selangor untuk start training di CIMB Training centre di Bangi selama 3 minggu. 4.4-25.4 . Lamanya ya Tuhan.huhu. tapi penginapan dan makanan disediakan tau.haha.jimat !penginapan pon cantik..Cantik tengok tempatnya after review dekat satu blog ni.pelbagai kemudahan disediakan.Rasa seram sebab difahamkan after training nt ada asessment dan test. tak tahu ada berapa.rase lebih dari satu. dan mesti achieve more than 80%.

2014-02-16 14.03.47

12524228_1061366497253649_4813567361404847337_n

2014-02-16 14.58.17 (1)

Ni gambar hostel di CIMB trainiing centre. ambil kat satu blog ni..mohon pinjam sis.huhu. nanti da sampai sana ahad ni saya ambil lagi gambar dan update ok! difahamkan dekat situ ada swimming pool, gym dan macam2 lagi.ok la.nak update resipi dumpling ni. after training saya update lagi ya.