Resepi Dumpling Wrapper/Kulit Dumpling

Assalammualaikum semua.seperti yang dijanjikan. Saya akan updata resepi dumpling. Teringin makan lepas tengok kat cerita shin chan yang tajuk episodnya dumpling ala Shin Chan tu.hahahah. Sangat menarik shin chan buat sampai terliur rasa.So cheq pon tetiba rasa nak buat la kan. ok mai kiat tengok resepi dia.

Bahan untuk buat Kulit Dumpling

2 Cawan Tepung Gandum/ All Purpose Flour

2/3 Cawan air suam/Lukewarm water

1 sudu kecil garam (Kalaw saya pakai secubit je.sudu kecil takda.agak2 je)

Cara caranya:

Campurkan kesemua bahan. dan uli dalam 10 minit macam tu. atau sampai doh lembut. Jangan risau kalau doh tu tak cantik lagi atau nampak crack. Masukkan dalam plastik dan Biarkan selama 30 minit .

Lepas 30 minit uli lagi. Mase ni doh dah cantik dan lembut . uli lagi dalam 8 minit macam. uli dan tekan sam rase doh tu lembut.  Dan biarkan seminit kejap letak dlm plastik. sementara tu prepare la amek pisau, dan penggelek tu.

Then, uli kejap dan bentukkan sampai nampak memanjang. Bahagikan kepada dua bahagian. yang selebihnya simpan dlm plastik.kita tak nak kulit doh kering.

Bahagikan kepada 8 bahagian. kalau nak leperkan satu2, yg selebihnya mesti letak dlm plastik ok. lepastu leperkan la bulat2.di edges atau tepi kulit mesti kena nipiskan daripada yg tengah. sebab senang kita nak picit kulit supaya bercantum.

dan yang selebihnya yg kita simpan dalam plastik tu. yg separuh daripada doh tu. ulang langkah yang sama.potong 8 bahagian.

lepastu kalau nak pakai terus pada hari yang sama pon bole.masak inti lepastu. tapi kalau nak buat esok, bole freeze kan dalam peti ais. kalau nak guna kena keluarkan 20 minit sebelum. tapi kalaw nak freeze dalam peti ais.pastikan kulit dumpling tak melekat antara satu sama lain.lapikkan dengan plastik.supaya tak melekat.

Biasa saya freeze dalam peti ais. sebab buat malam. esoknya masak inti dan terus kukus atau goreng. saya prefer goreng tapi pakai minyak sikit je. bukan deep fried la.

12440623_1061367790586853_7597428096891253318_o

abaikan rupa dumpling yang buruk tu.sebab tak pandai kelim dumpling.hahaha. kalau kelim karipap tawla. ha bole tengok dalam gambar saya lapikkan dengan plastik. setiap kulit dumpling atasnya lapik dgn plastik.Next entry will be inti dumpling pula 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s