RESEPI KUIH TELINGA KELING @ PENIRAM @ DENDERAM

Assalammmualaikum. Hari ini kita tolak sikit pasal shaklee.Haahhahah.Nak cite ni kuih tradisional melayu. Kuih peniram ka telinga keling ka . apa apa la. Dulu buat kuih ni dua tiga kali memang tak jadi.keras kelengkiang!!!!!!! sakit hati ja buat. Tapi la ni da taw da macam mana nak jadi!!!!!!! Ni nak habak. catit na

Bahan-Bahan

500g Tepung Beras

3 sudu Tepung Gandum

500g Gula Merah

Secubit garam

1 Cawan Air

No gula putih added na. Nanti tak sodap.

Cara-cara

  1. Masak gula dan air sehingga menggelegak. Macam berbuih-buih tu. Tambah garam sikit.Time panas panas tu tapis dan tuang atas tepung
  2. Kacaw rata. Sampai nampak kalaw berbuih buih tu maksudnya jadila kuih hangpa semua!
  3. Masa panas panas tu memang nampak cair sikit. Tapi hangpa jangan kuatir pasai lama2 dia akan jadi pekat
  4. Setiap 4 – 5 jam kacaw .Jangan Tak kacaw.Kacaw ok!!!! Uli dia . kasi dia urut urut sikit.
  5. Peram semalan. Tapi kalaw saya peram dua hari lagi sedap. Serius !!!!!
  6. Esok nya nak goreng tambah la tepung beras sikit dalam dua sudu ka. Tak dapat nak bentuk nanti. sebab lembik sikit kan.

Bagi saya semua resepi ada yang betul, ada yang silap.cuma mereka tidak ceritakan dengan betul segala tips tips yang berkenaan.. Kalaw nak tahu jadi ka tak kuih ni, dah campur semua  bahan dia berbuih adunan tu. Dan yang paling penting sekali setiap 4-5jam uli. Time tidor malam tu tak payah la uli. hehhehehe

Nampak x?hahah gambar dibawah.bentuk dia buruk. pelantak la.janji jadi dan bersarang daam dia. hehehe

11942195_950616394995327_7356680035673007496_o

Macam mana nak tahu jadi ke tak?

  1. Lepas adun semua bahan, adunan akan berbuih
  2. Goreng dalam minyak yang panas
  3. Peram semalaman
  4. Sentiasa uli dalam 4-5 jam
  5. Letak je dalam kuali, kuih akan timbul. tak jatuh ke bawah. terus mengembang lagi kembang dari doraemon.hahaha
Advertisements