RESEPI MAKANAN BERKHASIAT BESERTA KANDUNGAN NUTRISI

Assalammualaikum semua. hari ini saya ingin berkongsi mengenai resepi makanan berkhasiat untuk anda semua. yelah baru sesuai kita amalkan hidup sihat lagi lagi apabila diambil bersama supplement shaklee kan kan..

Inilah dia resepi makanan pelengkap untuk anda semua. Sebelum sarapan boleh amalkan juga pemakanan supplement shaklee seperti alfalfa, esp dan sebagainya. InsyaAllah bertambah sihat. aminn

Bubur Nasi Pelangi

(Hidangan 10 orang)

Bahan-bahan

195gm beras wangi, dibasuh dan dituskan
3l air
2 keping dada ayam
1 biji bawang bersaiz sederhana (potong 8 ala wedges)
1 cm halia, dihiris
1 biji lobak merah bersaiz kecil, diparut
50g kacang buncis, dihiris
1 biji kentang bersaiz kecil, diparut

Cara memasak

  • Didihkan 3 cawan air. Masukkan halia, bawang dan ayam. Masak selama 10 – 15 minit. Asingkan ayam dari stok dan buang kulit, tulang serta siat isi ayam.
  • Masukkan semula tulang ayam ke dalam stok. Tambahkan 10 cawan air ke dalam stok.
  • Masukkan beras ke dalam stok ayam dan masak dengan api perlahan sehingga menjadi bubur. Asingkan tulang ayam dan bawang dari bubur.
  • Campurkan ayam dan sayur. Masak selama 10 – 15 minit.

Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 180
Protein (g) 8
Lemak (g) 3
Zat Besi (mg) 1.2
Kalsium (mg) 18

Bubur Oat Dengan Buah

(Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan

15g oat
100ml susu perahan atau susu
10g pisang, epal, mangga atau betik segar – dilenyek
100ml air

Cara memasak

  • Masak oat menggunakan ½ cawan air.
  • Apabila campuran mula mendidih, perlahankan api dan renehkan sehingga likat dan lembut.
  • Tambahkan susu, masak selama seminit.
  • Padamkan api dan biarkan sejuk.
  • Campurkan buah sebelum dihidang.

Resipi ini sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 181.0
Protein (g) 8.3
Lemak (g) 1.5
Zat Besi (mg) 3.8
Kalsium (mg) 225.0

Bubur Nasi Bersama Ayam Cincang dan Lobak Merah

(Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan

10g beras
6g daging ayam – dicincang halus
10g lobak merah – dipotong dadu dan direbus hingga empuk
500ml rebusan stok ayam

Cara memasak

  • Masak beras bersama stok di dalam periuk. Kacau sekali.
  • Apabila beras sudah menjadi bubur, tambahkan lobak merah dan daging ayam cincang. Renehkan sehingga masak.
  • Sejukkan dan hidang.

Bagi bayi yang berumur 6 – 8 bulan, resipi ini boleh dihidangkan selepas dilenyek. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, bubur tidak perlu dilenyek dan boleh dimakan terus.

Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 66
Protein (g) 2.8
Lemak (g) 0.4
Zat Besi (mg) 0.2
Kalsium (mg) 22

Mi Ikan

(Hidangan 2 orang)

Bahan-bahan

12g kepingan isi ikan – dihiris nipis
20g ikan bilis – ditumbuk halus
10g mi 3g bayam atau sayur berdaun (choy sum / sawi) – dipotong halus
500ml rebusan stok ayam

Cara memasak

  • Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut. Tapis dan bilas dengan air sejuk.
  • Cincang mi halus-halus. Asingkan ke dalam mangkuk berasingan.
  • Masak bayam atau sayur berdaun yang telah dipotong di dalam stok sehingga lembut.
  • Tambahkan kepingan isi ikan dan mi ke dalam sup dan didihkan selama satu minit.
  • Sejukkan dan hidang.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal) 21.0
Protein (g) 2.0
Lemak (g) 0.7
Zat Besi (mg) 0.2
Kalsium (mg) 19.0